
Watch “VIRAL Dia Cakap Cina Ingatkan Gadis Ini Tak Faham!” on YouTube
Watch “Solat sunat baqdiah.” on YouTube
Big bang theory. – Waallahu aklam.
Auta sink. – Assalamualaikum.
Jauhi orang jahil.
Drug abusers party. – Astarfirullah.
RMX 2020 – Assalamualaikum.
Bon Odori.
MEMILIH BERADA DI JALAN YANG LURUS
Bon Odori (盆踊り), bermaksud “Tarian Bon” iaitu satu jenis tarian yang dipersembahkan semasa perayaan Obon. Obon (お盆) atau hanya Bon (盆) merupakan amalan Buddha keturunan Jepun yang memuliakan roh nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia. Ianya umpama “Hungry Ghost Festival” atau “Perayaan Hantu Lapar” yang diraikan oleh masyarakat Cina di Malaysia.
Di Malaysia perayaan ini berlangsung di Pulau Pinang dan Shah Alam saban tahun atas anjuran masyarakat Jepun yang tinggal di sini.
Sebagaimana Thaipusam, “Hungry Ghost Festival” dan lain-lain, Bon Odori tidaklah dilarang malah perayaannya berjalan meriah tanpa gangguan mana-mana pihak kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sedia menghormati kepercayaan dan adat amalan sesama warga Malaysia.
Namun dengan perkembangan pemikiran dan pendedahan pada ilmu khasnya dikalangan umat Islam di Malaysia, beberapa amalan, adat dan budaya termasuklah yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sendiri turun-temurun, berperingkat-peringkat ditinggalkan kerana menyedari ianya bertentangan dengan amalan Islam atau boleh mendatangkan syrik iaitu satu dosa besar dalam Islam.
Amalan dan adat budaya turun-temurun tidak menjadi masalah tetapi sebaik ia dikesan punya unsur yang bertentangan dengan Islam, wajar ianya ditegur dan segera ditinggalkan kerana kepentingan aqidah mengatasi segala keutamaan yang lain.
Antaranya acara mandi Safar, menziarahi keramat, memakai tangkal dan azimat, membakar kemenyan di malam Jumaat dan lain-lain sudah tidak lagi menjadi amalan umat Melayu atas kesedaran dan kefahaman agama.
Tambahan jika ianya melibatkan upacara penganut agama lain selain Islam. Jika disedari ada unsur berkenaan maka menjadi tanggungjawab para ulamak, cerdik pandai Islam dan pihak berkuasa Agama, untuk memberi nasihat agar umat Islam tidak terbabit atau terlibat meraikannya demi memelihara kemurniaan aqidah dan pegangan kepada agama Islam.
Cukup kita mengiktiraf hak ianya diraikan tetapi tidak perlulah kita melibatkan diri jika ada unusr dan acara keagamaan di dalam amalan perayaannya, itulah kehendak dan ajaran Islam, bukannya sesuatu yang baru.
Menteri di JPM Hal Ehwal Agama melalui kajian yang dilakukan pihak JAKIM telah mengeluarkan nasihat kepada umat Islam agar tidak terlibat dalam perayaan Bon Odori ini. Ini bukan kehendak atau agenda parti tetapi beliau bercakap sebagai seorang Menteri Kabinet yang memegang portfolio hal-ehawal agama.
Manakala Mufti Pulau Pinang pula, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang bukan pun orang parti, menyatakan bahawa, cara memperingati roh nenek moyang dengan menari, memuja roh mereka dan sebagainya sebagaimana dilakukan Bon Odori tidak digalakkan di dalam Islam malah dibimbangi akan terjatuh ke dalam dosa syirik kepada Allah SWT.
Apa pun nasihat telah diberikan. Ada yang akur dan ada yang tidak. Yang penting pandangan telah diberikan, pada para peganut bukan Islam terutama yang meraikan Bon Odori ini, silakan, tiada siapa berhak menghalang perjalannnya.
Almarhum Profesor Dr Hamka di dalam Kitabnya “Tasauf Moden” menulis:
“Kesihatan jiwa memerlukan empat syarat iaitu berani pada kebenaran dan takut pada kesalahan, pandai menjaga kehormatan batin, mengetahui hikmah atau rahsia kehidupan dan bersikap adil walaupun kepada diri sendiri.”
Assyahid Raja Haji Fisabilillah di dalam Warkah Wasiatnya menulis:
“Janganlah kita lupa pengakuan azali kita di depan Allah. Janganlah kita melupai ilmu yang Allah ajarkan secara langsung daripada sisi-Nya kepada kita. Kerana dengan itulah kita, manusia ini, dibangga-banggakan Allah di hadapan para malaikat-Nya, kata Allah ‘Sudah kunyatakan bahawa aku lebih mengetahui daripada apa yang kamu tahu.’
Allah Maha Besar!”
Selebihnya kita serah pada Allah SWT.
Catatan Roslan SMS…
Berat daging korban.
*CARA PRAKTIS MENGHITUNG DAGING QURBAN*
_Ini khusus untuk hewan SAPI.._
1. Berat Sapi misal : *350 kg*
2. Maka, berat Karkasnya adalah 50% dari Berat hidupnya. Jadi berat karkasnya = *175 kg*
( *Karkas* adalah Daging dengan tulang, Tanpa jeroan+kotoran, kepala, kaki dan kulit).
3. Sedangkan Berat Daging adalah 70% dari berat karkas.
Dg demikian berat dagingnya = _*122,5 kg*_ atau
35% dari Berat Hidup = _*122,5 kg*_
4. Adapun untuk Berat Jeroan adalah 10% dari berat karkas.
Jadi sekitar = _*17,5 kg*_ atau 5% dari Berat Hidup.
5. Berat kaki sebanyak 4 kaki rata2 dagingnya 4,5 kg
6. Berat kepala 4% dari Berat Hidup= _*14.5 kg*_ per ekor
7. Berat ekor = 0,7% dari Berat Hidup = _*2,45 kg*_
*Catatan*
a. Jadi kalau mau tahu perkiraannya harus tahu berat sapi lebih dulu.
b. Ini penting untuk bpk2 / teman2 yg lagi kedapuk jadi Panitia Qurban utk memprediksi daging yang akan didistribusikan vs jumlah mustahik.
c. Perhitungan ini hanya memudahkan Panitia Qurban terlepas dari daging yg tercecer maupun yg masih melekat pada tulang.
*Sumber*
_Nasional Qurban Center_
(Disarikan dari Buku Pedoman Ber-Qurban yg Aman & Benar)
_Halalan Thoyiban dan Ihsan_
_Semoga bermanfaat_